follow your heart :)

Saturday, May 31, 2014

Happy 1st Wedding Anniversary

 

Marriage is a relationship in which one person is always right and the other is the husband :p

Thursday, May 22, 2014

Uwais Eusuff sebulan


Uwais Eusuff dah sebulan. Alhamdulillah :)

Waktu lahir (Berat : 3.2 kg / Tinggi : 50cm)
Umur sebulan (Berat : 4.4 kg / Tinggi : 53cm)

:3

Ade perubahan ! I'm a happy mama !

So bawah ni progress Uwais

Uwais belum fokus lagi dengan objek-objek menunjukkan mata die belum terang lagi kot. Normal kan untuk budak umur sebulan. Ke tak normal ? Harap normal. Tapi kepala da kuat sebab aku biasakan die tidur meniarap and die pandai ubah posisi kepala sendiri and if hidung die tertutup die pandai nak alihkan muka die. Tu je la kot yang penting.

Jadi mak ni memang penuh dengan cabaran --'

Tak cukup tidur tu memang paling mencabar aku rase. Sebelum ni terlebih-lebih tidurkan. Sekarang rasakan ! Masa pulak nak kene arrange baik punya. Takde da lengah-lengah hegeh-hegeh. Semua nak kene arrange very well. Ok anak nangis.

Ni bukti aku dah terror arrange mase. Anak tidur aku update blog !

Sekarang rasenye memang akan rajin update kot sebab nak cerita pasal anak ! Hahahaha. Nanti boleh baca balik bile die dah besar. Lagipon boleh take note progress die every month. Tak sabar nak tunggu die kenal aku and nak kat aku je. Hahahaha

Ok bye ! :3

Monday, May 19, 2014

Pengalaman Bersalin !

Assalamualaikum  :)

Lamanya tak update blog. Harini nak kongsi pengalaman aku bersalin. Yes, aku dah selamat bersalin baby boy pada 9 April 2014. Tak pernah share story pasal pregnancy aku dalam blog sebabnya asyik takde mase je nak update. Haritu lepas entry kahwin settle ingat nak update, last-last hampeh je tak terupdate. Entry kahwin belah suami pon tak update sebabnye sampai sekarang tak ambik lagi album kahwin -_-

Ok jom sambung. Sekarang hari ke-40 aku berpantang bersamaan dengan umur my baby boy. Betullah cakap orang, pengalaman bersalin setiap orang berbeza jadi hadapilah dengan redha je macam aku sebabnya aku ni rajin jugak menggoogle story pengalaman bersalin and memang berbeza. Bahagian masing-masing. So, cerita bersalin aku bermula pada 8 April 2014. Time tu da 38 minggu 6 hari camtu, setiap hari da penghujung pregnancy ni memang aku akan kerap bangun pagi-pagi subuh pegi toilet buang air kecik. Huhu. Camtu jugak haritu, aku pegi toilet then terlintas nak tengok bowl sebab tertanya gak bile nak keluar tanda aku ni, sekali hambik kau ade macam cebisan lendir darah sikit-sikit. Berdebar kau, lagi-lagi penakut macam aku ni, keluar toilet terus tengok jam lebih kurang pukul 5 pagi. Hati rasa excited sebab akhirnya aku semakin hampir nak jumpa my baby tapi dalam masa yang sama takut nak mampus -_-

Terus kejut husband bagi tahu, die terus terbangun then pegang perut lepastu senyum. Time tu takde rase sakit lagi so decide nak continue tido sebab confirm baby lahir tak cukup tido nanti. Hehe. Tidola macam biase then pagi tu bangun terus inform mak sebab die yang paling excited tanye aku bila baby nak keluar. Pagi tu rase tak sedap perut je sekejap2 sempatla cakap dengan mak yang mungkin bersalin esok ke lusa sebab aku kan da baca pengalaman bersalin kat google konon aku pon sama r. Abah dah bising suruh pergi hospital takut apa2 memandangkan first baby tapi aku malas nak pergi sebab memang tak sakit langsung and macam takde tanda baby tu nak keluar. Tapi dorang desak gak aku decide pergi lepas makan tengahari siap request husband pegi beli nandos sebab pikir nanti pantang tak dapat makan sesedap.

So, lepas makan siap-siap semua lebih kurang pukul 3 petang berangkat la aku, mak, abah and husband ke Hospital Ampang. Dalam hati berat je sebab konfiden takkan bersalin lagi. Tunggu turn nak di checkup dengan doktor. Berdebar jangan cakap sebabnya aku ni memang penakut nak mampus. Memang tak suka pergi hospital, jumpa doktor. Sekali nak checkup ni je da berdebar, kene pakai kain pink. Check ctg kot lepastu ade doktor india lelaki. Dalam hati terpikir ni mesti nak check bukaan tapi takkan doktor india ni kot. Nasib lepastu doktor perempuan masuk tapi doktor india tu still kat situ mungkin uruskan pendaftaran masuk aku. Lepastu, doktor perempuan tu cakap die nak check bukaan, woaahh hati debar-debar sebab dah baca pengalaman lepastu ni first time plak tu. Kepit-kepit jugak la. Check bukaan tu tak sakit tapi tak selesa lagi-lagi first timer cam aku ni. Check-check sekali doc tu cakap dah buka 3cm ! Then kene admit ward dulu. Menangis dalam hati ! 

Then salinla baju pink kain pink bersedia untuk diserah diri. Nurse tu siap tolak dengan wheelchair lagi untuk masuk ward macam la dah sakit sangat. Ni la part tak bestnye sebab hospital kerajaan pelawat boleh masuk waktu melawat je tapi disebabkan time tu aku baru-baru masuk bolehla husband teman jap lepastu dah kene keluar. Sedih ! Dahla tak pernah masuk ward seumur hidup lepastu bila kene masuk rase macam kene tinggal je. Emo sangat taw. Ok continue. Bila dah petang-petang ni rasa sakit makin kuat sikit-sikit. Sorang-sorangla aku menahan sakit atas katil tu. Kalau ade rezeki lagi aku taknak dah bersalin hospital kerajaan ! Haha. Tiba waktu melawat mak abah and husband datang. Time tu sakit aku memang dah sakit da. Mak siap tanya sakit ke. Aku time tu dah macam cacing da merengkot tahan sakit. Bila time melawat habis rasa nak nangis sebab kene tahan sakit yang makin sakit tu sensorang lagi. Tapi husband still belum balik. Aku plak dah rasa sakit sangat, time tu lebih kurang pukul 7 malam lebih. 

Aku suruh husband panggil nurse sebab sakit macam tak tahan. Then nurse datang boleh tanya sakit sangat ea. So, nurse nak check bukaan. Bayangkan sakit-sakit lepastu nak check bukaan lagi. Nurse suruh bagitawu bila takde contraction sebab die nak check bukaan. Check-check die cakap dah 6cm ke 7cm ! Kejap je ni. Aku dah berdebar and dalam hati ade sikit lega sebab at least sakit-sakit aku tahan dari tadi bukaan aku dah banyak. Die suruh aku salin baju nak tolak labour room. Sakit-sakit tadi kene jugak salin baju tu sorang-sorang. Sadis betul.

Bermulala episod mengerikan dan menyakitkan dan menakutkan -_-
Tolak masuk labour room. Labour room Hospital Ampang bilik-bilik. Sorang satu bilik. Dalam bilik tu die pasang surah-surah Al-Quran. Masuk je bilik tu doc check bukaan lagi. Check-check die bagitawu bukaan baru 5cm ! Nak je aku cakap nurse kat wad cakap aku dah bukak 6 ke 7cm. Sampai-sampai sini baru bukak 5cm ! Nangis dalam hati lagi. Lepas check bukaan die mulakan prosedur keluarkan air kencing. Tak selesa lagi. Asyik tak selesa je aku ni. Lepastu die type report dekat computer die semua dekat sejam jugak la baru panggil husband masuk teman. Kuatla jugak semangat aku lepas tengok husband. Jam-jam berikutnya hanyala menahan kesakitan sambil tengok jam tepat depan mata aku. Bidan perempuan masuk. Die yang akan handle aku. Die baik. Die tanya aku sakit ke. Suruh aku bersabar. Anak first memang lambat. Aku tanya die agak-agak pukul berapa aku bersalin, die anggarkan mungkin 12 malam lebih. Aku tengok jam, baru pukul 9 lebih ! Dengan sakit yang aku rase aku tak mampu nak tahan. Bayangkan aku asyik muntah sepanjang tahan sakit ! Sakit contraction samala macam sakit perut memulas tapi 100x ganda sakitnya. Untuk tahan sakit die suruh aku sedut gas yang memang takde effect langsung. Memang takla aku sedut, sia-sia je.

Bidan tu masuk nak ubat tahan sakit tak. Aku tanya epidural ke, aku nak sebab tak tahan sangat. Husband aku tak kasi tapi apekan daya time tu sakit menguasai segalanya. Bidan tu cakap epidural tak boleh dah mungkin sebab bukaan aku dah besar. Die cuma bagi ubat tahan sakit je inject dekat drip tak salah aku. Bagi aku takde effect jugak. Bidan tu bagi ubat tahan muntah jugak sebab aku muntah lebih dari 5 kali tak salah aku. Then aku sakit sangat sampai suruh bidan tu check bukaan aku lagi, agaknya kesian tengok aku die suruh laki aku bagi air zamzam ke air selusuh ke tapi too bad satu air tu pon aku tak bawak masuk labour room. Bidan tu tanya ade rase nak berak ke tapi time tu perut aku cuma memulas je belum ade rase nak terberak. 

Masa pun berlalu sampai aku rase nak terberak ! Aku baring mengiring menahan nak terberak tu. Tapi aku dapat rase baby push-push dari dalam and aku tak boleh teran lagi. Bayangkan perasaan tu ! Aku cuma teran guna suara --" Then bidan check lagi bukaan sebab tengok aku dah macam nak meneran sangat then die kate ok dah boleh teran ! Aku punya happy semangat tu datang balik. Kelam-kabut die prepare tempat letak kaki semua then suruh aku push. Aku ingat push boleh sekali keluar. Dekat 10minit jugak la aku meneran baru baby keluar, suara je lebih aku ni time meneran hasilnya takde. Dalam aku meneran tu sempat jugak bidan tu gunting bagi bukaan tu lagi besar tapi time tu tak rasa dah die gunting. Tepat pukul 12.29am, 9 April 2014 keluarla my prince charming. Keluar je baby semua sakit yang menggila tadi pooofftt ! hilang. Seriously, hilang terus. Lepas je baby keluar terus letak atas dada untuk create bonding ibu and anak. Macam tak caya ! 

Then sesi menjahit, husband kene keluar. Nasib jahit tak rasa. Rase die jahit tapi sakit tu tak rasa. Aku relax je sepanjang die jahit sampai nak tertidur. Dekat sejam lebih jugak die menjahit. Dah jahit tolak masuk ward balik. Time tu memang dah penat giler and bersyukur semuanya dah berakhir. Yang penting lepas bersalin aku terus demam ! Lembik betul aku ni --"

So here is my baby boy, Uwais Eusuff Bin Mohd Fadzli :)



Panjang entry aku ni. Heee :3